Your One Stop Solution Provider
MANPOWER SUPPLY . FABRICATE . CONSTRUCT WORKS
Your One Stop Solution Provider
MANPOWER SUPPLY . FABRICATE . CONSTRUCT WORKS
Tentang Kami
Kaisar Farm Malaysia sejak 2010.
Kaisar Farm kami terletak di Perlis. Kami membekal ternakan lembu. Pusat Ternakan Kaisar Farm kini beroperasi di Perlis dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Ianya di buka pada tahun 2010. Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 350 ekor lembu pada satu-satu masa. Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan. Kaisar Farm yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada. Kaisar Farm mempunyai perancangan untuk memperluaskan kawasan operasi ladang bagi menambah produk pengeluaran baru. Selain itu pelan jangka panjang sedang dirancangkan bagi menampung keperluan permintaan dalam Negara.
Servis
Perkhidmatan sembelihan dan penghantaran
Kaisar Farm mempunyai rumah sembilahan diladang. Ini bertujuan memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dan kambing. Pekerja - pekerja yang menyembelih ternakan lembu dan kambing juga telah diiktiraf dan telah menyertai Kursus Penyembelihan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Sekiranya terdapat pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dalam kuantiti yang banyak, Galeriniaga Farm akan menggunakan Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan penyembelihan. Ini kerana, Rumah Sembelihan di Kaisar Farm tidak dapat memenuhi keperluan sembelihan yang banyak.
Kaiasar Farm juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma ke kawasan lembah klang sahaja dan Melaka, Negeri Sembilan dan johor bergantung kepada jumlah pesanan dengan jumlah minima pembelian lembu sebanyak 5 ekor Kaisar Farm juga mengalu–alukan kehadiran individu perseorangan dan berkumpulan untuk membuat lawatan di ladang Kaisar Farm. Antara kunjungan yang pernah dilawati di ladang Kaisar Farm ialah sekumpulan pelajar dari Universiti Putra Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia dan Agensi kerajaan.
Produk
Pelbagai produk yang ditawarkan
Penternakan lembu
Natural / ladang organik
Makanan sejuk beku
Pembekal lembu
Produk tenusu
aqiqah dan qurban
Ibadah Qurban
Kaisar Farm boleh melaksanakan ibadah Qurban untuk anda daripada mula sehngga selesai. Anda boleh memilih sama ada untuk mengambil sendiri atau menyerahkan kepada kami bagi mengagihkan daging-daging qurban/aqiqah tersebut pada institusi yang memerlukan (rumah anak yatim, madrasah).
Testimoni